Otto Skorzeny
Otto Skorzeny

Otto Skorzeny

Otto Johann Anton Skorzeny (12 Jun 1908 – 5 Julai 1975) adalah seorang pegawai SS Jerman berkelahiran Austria yang berpangkat Obersturmbannführer-SS (Leftenan Kolonel SS) dalam Waffen-SS semasa Perang Dunia II. Sewaktu peperangan, beliau terlibat dalam beberapa operasi, termasuk penyingkiran Miklós Horthy dari jawatan Pemangku Raja Hungary dan serangan Gran Sasso yang mana menyelamatkan Benito Mussolini dari tawanan. Skorzeny memimpin Operasi Greif di mana askar Jerman menyusup ke dalam garisan pihak Sekutu dengan menggunakan pakaian seragam, peralatan, dan bahasa musuh mereka. Kerana itu beliau telah didakwa di Tribunal Tentera Dachau kerana melanggar Konvensyen Hague 1907, tetapi telah dibebaskan selepas mantan ejen SOE British F. F. E. Yeo-Thomas memberi keterangan bahawa beliau dan operatifnya memakai pakaian seragam Jerman dibelakang barisan musuh.Skorzeny melarikan diri dari kem tahanan pada tahun 1948, bersembunyi di sebuah ladang Bavaria selama 18 bulan dan menghabiskan masa di Paris dan Salzburg sebelum akhirnya menetap di Sepanyol rejim Franco. Pada tahun 1953 beliau menjadi penasihat ketenteraan kepada Presiden Mesir Mohammed Naguib dan merekrut sekumpulan staf bekas pegawai SS dan Wehrmacht untuk melatih Tentera Darat Mesir, terus kekal sebagai penasihat Presiden Gamal Abdel Nasser. Beliau menghabiskan masa di Argentina, dimana beliau berkerja sebagai penasihat ketenteraan kepada Presiden Juan Perón dan sebagai pengawal peribadi Eva Perón, isteri presiden.[1] Pada tahun 1962 atau 1963, Skorzeny didakwa direkrut oleh Mossad dan menjalankan operasi untuk agensi tersebut. Skorzeny meninggal dunia akibat barah peparu pada 5 Julai 1975 di Madrid pada usia 67 tahun.

Otto Skorzeny

Pangkat Obersturmbannführer
Nama samaran Scarface [petikan diperlukan]
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
Tugas lain Jurutera awam[petikan diperlukan]
Tahun perkhidmatan 1931–1945
Kesetiaan  Jerman Nazi
Egypt (penasihat ketenteraan kepada Nasser)
 Argentina (penasihat ketenteraan kepada Peron)[1]
 Israel (bekerja untuk Mossad)[2][3]
Pertempuran Perang Dunia II
Meninggal dunia 5 Julai 1975(1975-07-05) (umur 67)
Madrid, Spain
Kelahiran (1908-06-12)12 Jun 1908
Vienna, Austria-Hungary
Arahan Sonder Lehrgang Oranienburg
Briged 150 Panzer SS
Perkhidmatan Schutzstaffel

Rujukan

WikiPedia: Otto Skorzeny http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://uli.nli.org.il/F/?func=direct&doc_number=00... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p069225524 http://isni.org/isni/0000000119303069 http://www.phdn.org/archives/www.ess.uwe.ac.uk/WCC... http://www.nationalarchives.gov.uk/documents/july2... https://www.bbc.com/news/uk-northern-ireland-30571... https://www.businessinsider.com/otto-skorzeny-nazi... https://books.google.com/books?id=MSs3FaJEdhUC&pri... https://books.google.com/books?id=inwd2rDaLm4C&q=8...